Beli barang kemas, memang kesukaan orang perempuan. Tapi, tak ramai yang hobinya kumpul emas bar.
Emas adalah aset. Beg, kasut, baju memangla keperluan. Tapi, kalau berhabis mahal mahal tapi tak pakai, dah jadi sampah. Sampai satu masa, fesyen bertukar, dah expired.
Nilai emas lebih terjamin jika dibandingkan dengan aset lain kerana emas adalah antara aset yang boleh dikekalkan nilainya semasa kemelesetan ekonomi.

“Daripada beli barangan lain, sekurang-kurangnya emas ini dapat bantu waktu kita susah.
“Bila berlaku kecemasan inilah yang boleh bantu,”katanya.
Begitulah kata penyanyi Adira Suhaimi yang hobinya suka membeli dan mengumpul barangan kemas untuk kepentingan pada masa akan datang.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, dia menyifatkan pembelian barangan kemas itu adalah pelaburan yang dapat membantu dirinya ketika berada dalam keadaan memerlukan.

Adira Suhaimi suka beli
Adira juga menasihati orang ramai agar membeli emas untuk pelaburan jika ada duit lebih dalam akaun mereka.
Ini kerana menurutnya emas adalah aset yang boleh ‘dicairkan’ apabila keadaan ‘sesak’, selain ia sangat mudah dan cepat.
“Kedai pajak gadai hari-hari buka. Tetapi kalau bank tutup Sabtu dan Ahad. Jadi inilah paling cepat.
“Dengarlah cakap saya ini… kalau kita nak menyimpan lebih baik beli emas,” ujarnya.
Adira sebelum ini tampil dengan koleksi barang kemas rekaannya sendiri menerusi kolaborasi bersama sebuah syarikat barang kemas.
Malah cincin emas yang dikenali sebagai ‘Cincin Adira’ juga mula popular dan menjadi ikutan para wanita.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Oh My Media

Leave a Reply