Baru-baru ini, Alif Teega dan Aisyah Hijanah telah dituduh satu akaun Facebook dengan mengatakan pasangan pempengaruh berkenaan melakukan penyelewengan derma.
Perkara tersebut telah dijawab oleh Aisyah yang ketika itu dalam perjalanan mengerjakan haji.
Dia yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan menyatakan akan menyelesaikan hal tersebut selepas pulang dari menyelesaikan rukun Islam ke-5.
Pempengaruh terkenal, Alif Teega bersuara susulan pelbagai tuduhan di dilemparkan terhadapnya dan isteri berhubung kutipan derma yang didedahkan oleh satu akaun Facebook baru-baru ini.
Nafikan tuduhan seleweng derma
Menerusi perkongsian panjang lebar Alif atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif bin Mohd Hazani, dia menegaskan bahawa dirinya serta isteri, Aisyah Hijanah Azhari tidak terlibat langsung dalam menerima komisyen seperti yang didakwa oleh beberapa pihak berhubung kutipan derma menerusi satu platform.
Alif Teega bersuara, penjelasan fokus kepada satu hal
Walaupun penjelasan yang dinyatakan bukanlah secara menyeluruh, namun Alif hanya mahu menfokuskan kepada satu hal dan tidak kisah andai orang terus menghentamnya.
“Saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate. Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan.
“Saya langsung tak tahu tentang kewujudan pdf tersebut, saya hanya bantu NGO lain dapatkan dana. Dan even muka kami digunakan tanpa consent jomdonate. Mungkin tawaran itu diberikan pada influencer lain tapi bukan pada kami. Kami lansung tidak terlibat,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menurut Alif lagi, sehingga hari ini Aisyah hanya berdiam diri sehingga ke hari ini meskipun ada yang mengaitkan dengan bapa, fitnah seleweng duit dan sebagainya.
Sementara itu, Alif menegaskan dakwaan terlibat dengan komisyen 20 peratus dari sumbangan derma adalah tidak benar sama sekali.
Dakwanya lagi, wang sumbangan yang diperoleh akan terus dimanfaat dengan sebaiknya pada penerima yang memerlukan dan mereka tidak tahu mengenai kewujudan PDF yang tersebar
Dalam pada itu, Alif mendakwa wajah mereka digunakan tanpa kebenaran dan mungkin tawaran tersebut diberikan kepada inluencer lain.
Sumber: Instagram alifteega
Leave a Reply