Ambulan Rempuh Treler Penolong Pegawai Perubatan Maut

TAPAH – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas ambulans yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 330.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara di sini, pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 41 tahun bersama seorang wanita yang merupakan penolong pegawai perubatan berusia 30 tahun melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipandu di laluan sebelah kiri.

“Semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan balik dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras ke Ipoh setelah selesai menghantar pesakit manakala, treler tersebut pula dalam perjalanan dari Klang menuju ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barangan.

“Akibat kemalangan tersebut, penolong pegawai perubatan ambulans yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Sementara itu katanya, pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler yang berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Justeru itu pihak polis meminta orang awam yang telah menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 013-2087919 untuk membantu dalam siasatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*