Abang Sado ‘pelaris’ Gerai Durian, 1.5 Tan Raja Buah Terjual Setiap Hari…

REZEKI tak pernah salah alamat.

Sebuah gerai durian di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang diserbu ramai pelanggan sehingga peniaganya mampu menjual 1.5 tan raja buah setiap hari.

Gerai Durian Papa Muda itu menjadi bualan ramai selepas video memaparkan tiga peniaga lelaki sado yang tidak berbaju meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TiKTok.

“Paling murah, pelanggan boleh dapatkan durian Udang Merah pada harga RM9 sebiji. Saiznya tak berapa besar, tak berapa kecil… Sedang-sedang saja.

“Tapi yang penting kami sangat menjaga kualiti. Buah yang tak elok kami tak jual. Kami bagi waranti. Kalau ada yang tak elok, boleh datang tukar, kami tak nak pelanggan sedih,” ujar Hafiz lagi.

Sumber: MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*