Diana Danielle Sudah Rancang Tinggal Di Rumah Warga Emas Apabila Tua

Dah rancang kehidupan di hari tua

Menerusi kenyataan yang dibuat Diana di Girl Math Podcast, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32 memaklumkan yang dia membuat keputusan tersebut supaya anak-anak tidak rasa terbeban apabila dia mulai uzur nanti.

“Andai kata saya sakit, saya tak nak susahkan anak-anak saya. Saya pun tak mahu mereka risaukan saya.

“Saya ada jumpa rumah perlindungan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua. “Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut,” katanya.

Diana Danielle enggan susahkan anak2, tak mahu mereka terbeban

“Saya tak nak peningkan kepala saya dengar masalah anak-anak. “Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, saya boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka,” jelasnya.

Diana Danielle enggan susahkan anak2, tapi anak sulung kata nak jaga

Walau bagaimanapun, perancangan tersebut masih lagi dipertimbangkan memandangkan anak sulungnya, Muhammad, 11 sudah berjanji mahu menjaganya apabila dewasa kelak.

Tambahnya, dia percaya bahawa dapat tinggal sebumbung dengan Muhammad kerana hubungan mereka seperti seorang rakan baik.

“Saya pernah berborak secara serius dengan Muhammad, dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia bila dah tua nanti.

“Dan dia janji yang dia akan jaga saya dari segi kewangan dan sebagainya. Kami dah macam kawan baik, dan boleh tinggal sama-sama.

“Saya lihat ada setengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka susah tinggal bersama,” ujarnya.

Sekadar info, Diana yang berkahwin dengan aktor hebat, Farid Kamil pada 2012 turut mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu u Nur Aurora, 9.

Walaupun sebelum ini rumah tangga mereka sempat berhadapan dengan badai apabila berpisah talak satu pada 10 Ogos 2023, namun hubungan mereka kembali jernih apabila rujuk kembali di penghujung bulan Ogos tahun yang sama ketika masih di dalam tempoh idah.

 

Sumber: TikTok girlmathpodcastmy, YouTube Girl Math Podcast

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*