20 Akaun Bank Milik Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Bernilai Rm740,000 SPRM Dibeku SPRM

SUSULAN penahanan reman atas dakwaan menyeleweng dana derma awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun perbankan milik pasangan pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Menurut laporan media tempatan, kesemua akaun yang dibekukan itu membabitkan nilai lebih RM740,000 mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai.

Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) sudah menyita dan membekukan hampir 20 akaun bank individu milik pasangan berkenaan termasuk akaun syarikat bagi membantu siasatan.

aishah1 - 1

Alif dan Aisyah ditahan SPRM pada 10 Julai lalu.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Pengarah AML SPRM iaitu Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang memaklumkan sitaan sudah pun dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Sitaan dan pembekuan akaun-akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001),” katanya.

Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah, 26, dipercayai bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.

Pasangan itu sebelum ini pernah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah.

Pada 11 Julai, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap Aliff dan Aisyah yang dibuat SPRM.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin dan pasangan itu direman selama empat hari yang sepatutnya berakhir pada Ahad.

Tempoh tahan reman Alif dan Aishah bagaimanapun disambung selama tiga hari lagi sehingga 16 Julai ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*