Wanita Parah Dihempap Kayu Balak Sedar Dan Boleh Bercakap Selepas Lima Hari Ditidurkan

Selepas lima hari ditidurkan, wanita parah dihempap balak di kawasan lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, Selasa lalu dilaporkan sudah sedarkan diri.

Menurut laporan Berita Harian, khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh tunang mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman iaitu Nik Amnan Arif Nik Anuwar.

Ujar Nik Amnan, Siti Norelyana sudah sedar semalam dan menunjukkan perkembangan positif seperti boleh bercakap namun memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan.

Wanita parah dihempap balak

Wanita parah dihempap balak

“Alhamdulillah, selepas kira-kira lima hari ditidurkan, Siti Nurelyana mula sedar semalam. Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan.

“Pergerakan perlu dilakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati,” katanya.

Difahamkan, Siti Norelyana kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu.

Terdahulu, Siti Norelyana alami patah bahagian tulang punggung dan rusuk selain mengalami kecederaan serius di bahagian hati, limpa, hempedu dan usus selepas dihempap timbunan balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Wanita parah dihempap balak

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memberitahu penyambung atau cakera putar lori terbabit, patah ketika melalui selekoh menjadi punca kemalangan yang menyebabkan kayu balak terjatuh dan tergolek menghempap mangsa.

Akibat kemalangan itu, Siti Norelyana terpaksa menjalani pembedahan membuang buah pinggangnya yang rosak sebelah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*