‘Isteri Suspek Menangis Tiap Hari, Emosi Terganggu Hingga Tak Dapat Bekerja..’ Abang

Abang kandung kepada isteri suspek menyatakan adik perempuannya menangis tiap hari sejak insiden terbabit sehingga emosinya turut terjejas.

Abang kandung luah keadaan adik menangis tiap hari

Memetik laporan dari Sinar Harian, lelaki berusia 40-an itu memaklumkan isteri suspek kes pembunuhan bekas pelajar  Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI), NUr Farah Kartini Abdullah, 26 tahun tidak mampu untuk bekerja memandangkan emosinya cukup terganggu hingga menangis tiap hari.

“Setiap hari adik saya menangis, emosinya terganggu sejak mengetahui insiden itu,” luah abang kandung isteri suspek.

Isteri suspek menangis tiap hari, tak dapat bekerja

Jelasnya, dia sekeluarga perlu menemaninya yang juga merupakan seorang ibu anak satu bagi memberikan sokongan moral untuk dia melalui kehidupannya.

Mereka juga melihat sendiri keadaan adiknya yang ditemani air mata sejak kes berkenaan menjadi berita utama di Malaysia.

“Sekarang ini adik dah tak boleh lagi bekerja dan perlu menjaga anak perempuan yang masih bayi. Jadi tolonglah dia untuk melalui waktu yang sangat sukar ini”

Isteri suspek menangis tiap hari, keluarga minta tidak keruhkan keadaan

Susulan daripada itu, lelaki yang enggan namanya didedahkan meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Tolonglah bantu adik saya dengan tidak mengeruhkan lagi keadaan ini,” rayunya sambil menyeka air mata ketika ditemui di Pengkalan Batu.

Merayu untuk henti sebar berita tak sahih

Tuturnya lagi, dia sedar bahawa adiknya kini melalui saat paling getir dalam hidupnya lebih-lebih lagi mengenali suspek sejak lima tahun lalu sebagai seorang suami dan bapa yang cukup bertanggungjawab.

“Demi adik, kami sekeluarga merayu agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih dan biarkan polis melakukan siasatan mengikut lunas undang-undang.

“Adik juga terpaksa menjauhi media sosial kerana takut untuk membaca pelbagai andaian dibuat dalam kes ini yang hanya akan memburukkan lagi gangguan emosinya.

“Orang tak berada di tempat kami, jadi mereka tak tahu bagaimana sakitnya perasaan ini apatah lagi adik saya mangsa keadaan yang langsung tidak bersalah dan tahu apa-apa,” katanya lagi.

menangis tiap hari

Ujian berat buat isteri suspek & anak yang masih kecil

Dedah lelaki itu lagi, pakar kaunseling juga telah hadir ke rumah mereka bagi menasihati keluarga untuk terus menemaninya kerana bimbang terjadi perkara tidak diingini memandangkan dia turut mempunyai anak yang masih kecil.

“Adik sedang melalui ujian berat lebih-lebih lagi adik perlu memberi perhatian terhadap bayinya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang anggota polis berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Nur Farah Kartini yang mayatnya ditemui di sebuah kebun kelapa sawit di Hulu Selangor.

Buat masa ini, Suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*