Menerusi hantaran tular, seorang peniaga durian di Pak Ben Fruit Melaka berkongsi pengalamannya ketika berdepan pelanggan yang gemar minta diskaun.
Menurutnya, pada hari kejadian, gerainya didatangi sebuah keluarga yang menaiki kenderaan mewah tetapi mahukan durian yang murah.
“Mereka datang beli buah D101 naik kereta baru-baru, besar-besar tapi cari buah yang murah. Jadi abang saya offer buah semalam yang ada baki dalam setengah bakul dengan harga murah.

Harga dipamerkan untuk setiap jenis durian yang dijual.
“Malangnya apabila sudah dikira murah per kilogram dan ditimbang… tiga biji berharga RM145 dan dengan lantang si anak cakap RM100 je bang,” luahnya berkongsi pengalaman.
“Untuk pengetahuan, tiga biji jual pada akak pun belum tentu ada gaji RM40 lagi, akak potong duit kami RM45… saya kena menambah lagi RM5 atau RM6 duit saya,” jelasnya.
Tuan kedai sindir secara halus
Permintaan diskaun yang tidak masuk akal itu membuatkan abangnya menyindir dengan cara membuat ‘tawaran’ durian akan diberi percuma, mengambil konsep ‘alang-alang dah rugi’.
Namun tanpa disangka, salah seorang daripada mereka seolah-olah tidak memahami sindiran, sebaliknya gembira apabila mendengar perkataan ‘percuma’.
“Abang saya perli, ‘baik saya bagi (percuma) je kalau minta kurang macam tu’. Elok pula seluar pink tu buat-buat terperanjat dan terima buah… betul ke ni free betul ke,” luahnya lagi.
Malah katanya, keluarga tersebut seolah-olah tidak memahami meskipun abangnya sekali lagi menyatakan ‘alang-alang nak rugi, lebih baik rugi sekali je’.
Yang selalu minta diskaun tu T20, kalau B40 ada duit baru datang beli, tak ada duit dia duduk diam.
WARGA MAYA
Menurut lelaki berusia 29 tahun ini, kebiasaannya pelanggan yang ada ‘common sense’ tidak akan mengambil secara percuma walau ditawarkan dan akan terus membayar harga yang dinyatakan.

Antara reaksi netizen di videonya.
Justeru, dia mengakui terkejut apabila pelanggan tersebut dengan bersahaja menerima ‘pelawaan’ abangnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan golongan T20 gemar meminta diskaun dan kedekut.
“Yang selalu minta diskaun tu T20, kalau B40 ada duit baru datang beli, tak ada duit dia duduk diam.
“Baru terjadi depan mata saya semasa beli burger, ada pelanggan turun Vellfire beli burger daging dua biji RM6 minta kurang RM1. Terkejut peniaga, tapi bagi juga RM5.
“Orang yang kaya-kaya ni lagi kedekut, sebab tu mereka kaya raya,” ujar beberapa warga maya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply