6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

Ibu bapa arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain sujud syukur selepas hakim mengumumkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menerusi video yang dimuat naik oleh Astro Awani di laman Facebook, kelihatan kedua-dua orang tua Zulfarhan sujud syukur sebaik sahaja keluar daripada bilik pembicaraan di Mahkamah Rayuan.

Ibu bapa arwah Zulfarhan

Ibu bapa arwah Zulfarhan

Hari ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibu bapa arwah Zulfarhan

“Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.

“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sekadar info, enam tertuduh itu yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM, Facebook @Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*