Murid Raih Rm300 Sehari Berniaga Soft Cookies Di Sekolah.. Bisnes Terbantut Lepas Ditegur Ketua Pengawas

Berniaga merupakan satu amalan yang mulia.

Bagi seorang usahawan, Huspalita Hussain Arif, 42, dia berasa kagum dengan minat yang ditunjukkan anaknya untuk menceburi bidang perniagaan dengan berniaga secara kecil-kecilan di sekolah.

Berjaya meraih pendapatan sekitar RM300 menjual soft cookies 

Menurut Huspalita, anaknya, Hessa Ardinee Mohamed Airee, 12, berjaya memperoleh sekitar RM300 dengan menjual soft cookies (biskut tekstur lembut) buatannya kepada rakan-rakan pada awal Julai lalu.

Soft cookies yang dijual anak Huspalita.

“Kawan-kawan Hessa nampak dia bawa soft cookies yang saya buat untuk makan sendiri. Lepas dia kongsi dengan kawan-kawan, mereka minta lagi esoknya. Sampaikan suruh dia buka tempahan.

“Jadi Hessa pun jual sebab kasihan pada kawan-kawan yang merayu. Bawa la soft cookies banyak mana pun tetap habis setiap hari. Duit (hasil) pun sama dengan jumlah biskut yang dijual.

“Walaupun dia asyik ulang cakap tak pandai mengira dan berniaga tapi saya terkejut lihat dia boleh buat. Saya kenal dia ni pemalu sangat kalau suruh berniaga sebelum ni,” ujarnya.

Menurut Huspalita, biskut yang dibawa ke sekolahnya di Shah Alam, Selangor hanya dijual pada harga RM4 bagi setiap keping walaupun dihasilkan menggunakan bahan-bahan premium.

Bagaimanapun anak keduanya itu akur apabila terpaksa menghentikan jualan kerana melanggar peraturan sekolah.

Ahli keluarga Huspalita.

“Dia beritahu nak berhenti menjual sebab ketua pengawas (KP) yang sekelas dengan dia nak lapor kepada cikgu. Manalah KP tak marah, budak-budak tahap dua sampai beratur dekat luar kelas nak membeli.

“Saya cadangkan suruh dia print nombor WhatsApp untuk sesiapa nak buat tempahan. Mereka boleh collect dekat luar sekolah atau dekat rumah je,” ujar si ibu.

Huspalita bangga dengan usaha anaknya yang suka berniaga.

“Dia sangat pemalu orangnya. Tapi saya pun hairan macam mana dia sanggup bawa berpuluh-puluh soft cookies setiap hari, ambil tempahan, kutip duit. Setiap hari kiraannya betul.

“Secara tak langsung, ini pendedahan untuknya dalam dunia perniagaan. Memang saya berharap semoga ada antara anak-anak akan ambil alih perniagaan yang saya usahakan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*