“Kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya” – Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan

Umum sedia maklum, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi adalah salah seorang penulis surat layang untuk memberitahu pihak atasan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aiman Aufa di Insta-Storynya, dia berkata ini pertama kali melihat semula surat layang itu selepas kejadian malang tersebut berlaku.

Penulis surat layang kes Zulfarhan

Penulis surat layang kes Zulfarhan

Dalam pada itu, Aiman Aufa juga berpandangan manusia hanya mampu untuk berikhtiar namun, Allah adalah penentu segala takdir buat hambanya.

Penulis surat layang kes Zulfarhan

“Apa apa pun, Al-fatihah buat keluarga arwah.

“Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-fatihah,” ujarnya lagi.

Media sosial milik Aiman Aufa telah dibanjiri dengan ucapan terima kasih dan ramai mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan serta dilindungi Allah selalu.

Penulis surat layang

 

Sumber: OMM, Instagram @Aiman Aufa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*