“SELAMAT tinggal Mak Menah.”
Begitulah ungkapan pempengaruh media sosial, Mohd Rustam Johari atau OtamBlurr ketika berkongsi khabar duka mengenai kematian sepupu kesayangannya.
“Mak Menah meninggal disebabkan hypo (hipoglasemia). Sebelum ni, arwah ada kencing manis. Tapi punca kaki kanan dia kena potong disebabkan ada terpijak paku minggu lalu.
“Tak sangka pula punca daripada terpijak paku tu boleh melarat sampaikan kena buat pembedahan pada kaki arwah,” ujar Otam yang tinggal di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka.
Bercerita lanjut, Otam menjelaskan sepupunya yang popular di media sosial TikTok dengan watak ‘Makcik Petir’ itu menjalani pembedahan potong kaki pada minggu lalu.
Namun, tiada sebarang tanda-tanda menunjukkan Mak Menah yang berusia 58 tahun itu akan pergi buat selamanya.
“Masa awal pagi hari Jumaat, adik Mak Menah nak bawa dia pergi buat pemeriksaan dekat klinik. Masa tu adik dia tengok, Mak Menah ni tak macam hari-hari biasa.
“Dua hingga tiga hari ni dia agak ceria dan macam tak ada apa-apa masalah pun. Tapi bila tengok keadaan dia yang agak memburuk pagi tu… adik Mak Menah terus telefon mak saya.
“Lepas dapat tahu terus mak kejut saya pergi tengok dia. Mujurlah rumah kami ni dekat. Selang tiga buah rumah je dari rumah arwah,” ujar Otam.
“Bila sampai dekat rumah arwah, saya tengok keadaan dia masih bernafas. Kami dua beranak tolong betulkan keadaan katil Mak Menah. Tapi lepas tu saya mula perasan dia dah tak bernafas.
“Kami pun check la denyutan nadi Mak Menah. Memang dah ‘tak ada’. Arwah meninggal betul-betul depan mata saya. Nak meyakinkan lagi kami telefon ambulans. Paramedik tiba dan sahkan kematian dia,” kata Otam.
Pemergian Mak Menah ini sudah pasti memberi kesan kepada mereka yang mengenali individu berkenaan dengan keletahnya sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply