APABILA berlakunya kematian orang tersayang, segelintir individu cenderung menyimpan barang peninggalan mereka untuk dijadikan sebagai kenangan dan tanda ingatan.
Namun menurut tukang mandi jenazah berpengalaman, Lasminah Dul Siraj, perbuatan itu sebenarnya tidak elok dan mungkin membawa banyak perkara buruk.
“Baju peluh-peluh tu, yang daripada hospital, jangan sesekali kita ambil dan simpan. Boleh simpan, tapi basuh dulu. Kalau tak, ‘benda’ tu akan kejar.
“Macam kamu contohnya, kakak atau mak kamu meninggal, kamu ambil buat kenangan kononnya. Masa kamu ni, elok sihat. Tapi, nanti makan masa, dalam dua tiga tahun, kamu mula sakit.
“Kamu rasa lain macam, seram sejuk, sakit tak tentu arah, pergi hospital tak dapat detect. Jangan main-main benda peninggalan yang melibatkan bau dan peluh si mati,” ujarnya.
Lasminah berkongsi perkara itu menerusi sedutan video temubual bersama sebuah media yang dikongsi di aplikasi TikTok.
Jangan main-main benda peninggalan yang melibatkan bau dan peluh si mati.
LASMINAH DUL SIRAJ
PEMANDI JENAZAH
Video tular itu meraih pelbagai reaksi netizen, termasuklah mereka yang tampil berkongsi pengalaman serupa.
Menurut seorang wanita dikenali sebagai Aisyecha, dia juga pernah mengalami sakit misteri selepas menyimpan barang peninggalan arwah abangnya.
“Saya pernah simpan baju arwah abang saya. Baju (yang) dia (pakai semasa terlibat) kemalangan. Saya tak basuh, simpan dalam bilik. Tapi betul, rasa something. Asyik sakit yang pelik-pelik.
“Akhirnya saya pergi berubat panggil ustaz datang. Check bilik, dia scan, keluarkan barang sebab ustaz rasa ada aura negatif dalam bilik. Puas saya fikir apa, rupanya baju arwah abang.
“Sebab kalau rindu, saya akan cium. Apabila dah buang baju tu, baru saya rasa okey. Pengalaman saya, benda macam ni tak boleh buat main. Saya sakit waktu itu memang pelik,” kongsinya di ruangan komen.
Namun menurut seorang lagi individu dikenali sebagai Tia, dia dan keluarganya tidak berdepan perkara aneh walaupun ada menyimpan barang peninggalan si mati.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply