
Apabila ibu bapa meninggal dunia, sudah tentulah tanggungjawab sepenuhnya akan dipikul oleh anak sulung. Itulah yang dialami oleh seorang kakak yang berlajar di Institut Tinggi Swaasta (IPTS) di Mantin.
Menerusi laporan Sinar Harian, wanita yang dikenali sebagai Puteri Nor Ashikin mendedahkan dia pernah membawa salah seorang adik ke asrama kolej selepas ibunya meninggal.
Katanya, dia menumpangkan adiknya di asrama kolej selama tiga bulan dengan persetujuan dari rakan sebilik.
Bila ibu tiada, hidup kami jadi terumbang-ambing sehingga saya terpaksa membawa salah seorang daripada adik untuk tinggal bersama di asrama kolej selama tiga bulan kerana tiada orang boleh jaga,
Mujur rakan sebilik faham situasi saya, apabila ke kelas saya tinggalkan adik yang ketika itu berusia tujuh tahun di bilik selain bekerja part time di restoran.

Ayah hilangkan diri sejak kecil
Disebabkan adik bongsunya yang masih bayi, rakan kepada ibu yang tinggal di Perak terpaksa menjaganya dan tak lama lepas itu, dihantar dua beradik itu dihantar ke rumah kebajikan oleh ibu dan bapa saudara.
Tak sanggup berpisah dengan adik-adiknya, dia mengambil keputusan untuk menjaga mereka namun masih tidak melupakan hasrat untuk menggegam segulung ijazah.
Saya pernah dapat tawaran sebagai pegawai pentadbiran sebuah universiti swasta di Selangor, tetapi terpaksa melupakan kerjaya itu kerana adik bongsu yang menghidap disleksia perlu dijaga sepanjang masa.
Adik memerlukan sokongan, badannya kurang kuat, senang jatuh selain pada masa tertentu menjadi hiper (terlalu aktif).
Sementara itu, Puteri meluahkan rasa syukur walaupun pendapatan dan sumbangan yang diterima tidak mencukupi untuk menampung mereka bertiga.
Besar pengorbanan seorang kakak untuk adik-adik. Apapun, semoga Puteri Noor Ashikin sentiasa dilimpahkan rezeki keranaberjaya memikul tanggungjawab yang besar ni.
Leave a Reply