
TINDAKAN segelintir pelanggan sengaja memberikan rating rendah terhadap produk kosmetik keluarannya mengundang rasa kurang senang pelakon dan usahawan Wawa Zainal.
Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, tindakan mereka memberikan rating sedemikian tanpa alasan munasabah dibimbangi boleh mencalarkan imej perniagaannya.
“Nangis la macam ini, TikTok terpaling sensitif pelanggan pula terpaling sibuk sampai salah bagi rating.
Wawa meluahkan kekesalannya menerusi hantaran di InstaStory.
“Janganlah begini, kasihan la kami para penjual, rating itu sangat bermakna yang buat kami,” katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Ahad.
Dia turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama seorang pelanggan yang meninggalkan ‘rating’ satu bintang terhadap produknya di atas platform berkenaan.
Lebih membuatkan Wawa kesal apabila individu tersebut enggan mengubah ‘review’ yang diberikan sebelum ini atas alasan kesibukan berkerja.
Dalam pada itu, Wawa sempat berpesan kepada semua untuk sentiasa memudahkan urusan orang lain.
“Mudahkan urususan orang lain insya-Allah urusan kamu dipermudahkan,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply