Remaja 14 Tahun Kantoi Menyamar Sebagai Staf Hospital Serdang Selama Seminggu

Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dakwaan seorang remaja 14 tahun tahun yang didakwa menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang, Kajang.

Dia dilapor telah ‘bertugas’ di hospital awam itu selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Dato Abu Bakar Baginda, Kajang.

Setakat laporan ini ditulis, tidak banyak maklumat berkaitan kes itu tersedia.

Sementara itu, seorang pegawai kanan KKM memberitahu Malaysiakini mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu sekarang kerana siasatan masih berjalan.

“Dan KKM tidak mahu mengganggu proses yang masih berjalan,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

Kes ini bukan sahaja menimbulkan tanda tanya mengenai keselamatan dan sistem pemantauan di hospital, tetapi juga mengenai keberanian dan kelicikan remaja tersebut. Adakah ia satu kes terpencil atau ada lebih banyak yang belum didedahkan?

Hanya masa dan siasatan lanjut yang akan mendedahkan kebenaran di sebalik kisah ini. Apa pun, ia memberikan kita satu pengajaran tentang betapa pentingnya pengawasan dan pemantauan yang ketat di institusi-institusi penting seperti hospital.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Malaysia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*