Perahu Dinaiki Karam, Tiga Pelajar Hilang

Kuching: Tiga pelajar dengan dua daripadanya perempuan hilang, selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian 6.10 pagi itu, kira-kira 20 pelajar menaiki perahu berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung,” katanya.

 

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*