Marissa Dania dilaporkan bersalin pra-matang, bayi meninggal dunia – Hiburan | mStar

PEMPENGARUH media sosial yang juga anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

Apa lebih menyedihkan bayi pra matang yang dilahirkan Marissa, 19, tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Menerusi laporan Harian Metro, Marissa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

IMG_8331

Sebelum ini Aslam dan Marissa enggan ditemubual media.

“Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” kata sumber.

Sejak bulan lalu, cakap-cakap mengenai kehamilan Marissa hebat diperkatakan apabila netizen mendakwa ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu.

NP-158

Tindakan Marissa berkahwin turut mendapat kritikan memandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.

Abby pada 16 Mac lalu turut mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*