“Isteri Sarat Mengandung, Anak Tiap Hari Menangis” – Jurutera JPS Hilang Sudah 10 Hari

Seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu selepas tidak pulang ke rumah.

Isterinya, Nurul Ain Muhammad Mudzafar memaklumkan kali terakhir dia berjumpa dengan suaminya, Faizal Ahmad, 39, pada petang 16 Ogos ketika dia keluar bekerja pada jam 4.30 petang.

Nurul Ain pada awalnya beranggapan suami bekerja di luar kawasan yang biasanya mengambil masa empat ke lima hari sahaja, namun kali ini berbeza kerana tempoh yang lama selain langsung tidak dapat dihubungi.

Isteri sarat mengandung, anak tiap hari menangis

Difahamkan, Nurul Ain yang kini sedang sarat mengandung enam bulan berkata, anak pertamanya yang berusia enam tahun setiap hari menangis bertanya bapanya kerana mereka berdua sangat rapat.

“Suami saya seorang yang sangat baik dan setahu saya, dia tidak ada musuh. Saya tidak dapat tidur lena memikirkan bagaimana keadaannya sekarang memandangkan banyak berlaku kes kehilangan orang sejak kebelakangan ini.

“Besar harapan saya semoga suami saya dapat segera ditemui dalam keadaan selamat kerana saya dan anak sangat merinduinya.

“Kalau dia terbaca ini, saya nak beritahu, tolonglah balik, saya, anak kita dan mama awak rindukan awak, baliklah, semua keluarga kita menunggu kepulangan awak,” katanya dalam nada sebak.

Menerusi hebahan di Facebook, lokasi terakhir Faizal diketahui di Istana Balai Besar Kelantan.

Sumber: Sinar HarianHarian MetroFacebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*