5 tahun mendirikan rumah tangga sejak 2019, seorang wanita bernama Puan Aqilah melalui penderitaan cukup besar bila mana suami yang seharusnya menjadi pelindung malah bersikap kasar terhadap dirinya. Penganiayaan itu didedahkan sendiri oleh seorang kenalan kepada Puan Aqilah iaitu Atikah Azireen dengan harapan lelaki yang bertugas sebagai seorang askar itu segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam video tersebut, lelaki yang bekerja sebagai askar itu dilihat memukul isterinya di rumah. Si isteri itu kemudian dilihat membuat laporan polis atas perbuatan keganasan rumah tangga itu.
View this post on Instagram
Malah, wanita itu turut memuat naik foto-foto suaminya berseronok bersama skandal meskipun telah berkahwin dan masih belum bercerai.
Si suami juga dilihat memarahi dan memaki wanita berkenaan setelah ‘kantoi’ mempunyai perempuan simpanan.
Kau cuti takde duit katanya, tapi keluar dengan******* Seorang bapa ke engkau ni?
Lelaki terbabit bukan sahaja bermain kayu tiga di belakang isterinya, malahan turut culas dalam memberikan nafkah secukupnya kepada anak mereka yang bernama Aryan. Hinggakan, tanggungjawab itu teralih ke atas bahu datuk dan nenek pula. Bukan sekali dua, rupanya sebelum ini askar itu juga pernah berskandal dengan sahabat rapat Puan Aqilah.
Turut dirakam anak mereka sedang menangis mencari bapanya sekaligus mengundang rasa sebak dalam netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar pihak atasan tempat lelaki berkenaan berkhidmat untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Netizen juga mendoakan agar urusan wanita teraniaya berkenaan dipermudahkan dan dilindungi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply