Bila sebut sahaja mengenai gengster ataupun ahli kongsi gelap, sudah pasti ramai yang terbayangkan raut wajah mereka yang bengis dan menggerunkan.
Namun, terdapat satu kisah menarik yang dikongsikan pendakwah terkenal, Ustaz Hanafi mengenai seorang ketua gengster yang memeluk Islam.
Lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi, katanya, dia bersama individu berkenaan sedang berbual sebelum mengajukan soalan berkaitan kegiatan kongsi gelapnya.

Ustaz Hanafi, yang dikenali sebagai penulis dan penceramah terkenal, mengisahkan pengalaman menariknya dengan seorang gengster yang pernah dibantu olehnya untuk memeluk Islam.
Pendedahan itu membawa kepada satu perspektif baru tentang kehidupan seorang gengster, di mana sekalipun terlibat dalam kegiatan yang gelap, prinsip kekeluargaan dan kebajikan terhadap ibu bapa tetap dijaga dengan tegas.
“Dia pun jelaskan dengan mudah. Sampai hari ini Ustaz tetap ingat apa yang kawan gangster Ustaz cakap. Kalau you derhaka pada mak ayah, hidup you akan ‘suwey’,” ujarnya.
Ada hikmah di sebalik keinsafan. -Gambar hiasan
“Ustaz tanya dia, Apa syarat nak jadi ahli gengster? Dia jawab… Ada dua syarat. Pertama, kena lalui satu upacara. Yang kedua, kena angkat sumpah.
“Ustaz tanya balik, apa kandungan sumpah tu? Kena sumpah tak boleh derhaka pada mak ayah,” kongsi Ustaz Hanafi di Facebook.
Respons ketua gengster itu ternyata mengejutkan Ustaz Hanafi kerana tidak menyangka jawapan sebegitu akan keluar dari mulut lelaki dengan imej ganas dan digeruni.
Jawapan itu juga menimbulkan kehairanan ustaz sehingga dia bertanya sekali lagi bagi mendapatkan kepastian.

Menghormati ibu bapa merupakan amalan yang mulia. -Gambar hiasan
“Pelik kan? Biasa kalau gengster mesti tak peduli dengan mak ayah. Ini terbalik pula. Ustaz tanya lagi, kenapa kena sumpah macam tu?
“Dia pun jelaskan dengan mudah. Sampai hari ini Ustaz tetap ingat apa yang kawan gangster Ustaz cakap. Kalau you derhaka pada mak ayah, hidup you akan ‘suwey’,” ujarnya lagi mengimbas kembali perbualan tersebut.
Beliau ternyata kagum dengan prinsip ahli kumpulan gengster untuk tidak boleh derhaka pada ibu bapa masing-masing tetapi kekal tidak menyokong kegiatan jahat mereka.
“Hebat juga prinsip mereka ni. ‘Suwey’ ni maknanya celaka. Jadi sesiapa yang derhaka pada mak ayah, dia akan dapat kecelakaan dalam hidup,” katanya lagi.
Di sebalik pendedahan ketua gangster itu, Ustaz Hanafi berkata, ibu bapa merupakan individu paling berjasa dalam hidup setiap individu, sejak dari dalam rahim hingga lahir ke dunia.
“Dibelai dan dijaga sejak bayi sehingga kita besar dewasa. Ibu ayahlah dua insan yang tak boleh dicari ganti sampai bila-bila.
“Ada orang kata, tak kira sebanyak mana pun usaha seorang anak nak balas jasa kedua ibu bapanya, pasti dia tak mampu lakukan. Sangat besar dan bernilai, subhanallah,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Hanafi menerusi hantaran sama di Facebook turut berkongsi beberapa tip mudah untuk membahagiakan ibu bapa, antaranya memenuhi hajat mereka seperti membeli barang keperluan atau yang memudahkan urusan harian.

Ustaz Hanafi berkongsi kisah kemasyarakatan yang memberi inspirasi dan keinsafan.
“Terus masukkan duit belanja setiap bulan walau sedikit RM10, RM20. Belikan al-Quran saiz besar, mudah untuk mereka gunakan. Boleh juga beli al-Quran elektronik, sangat membantu dalam urusan ibadah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply