‘Sarah Yasmine Boleh Berambus!’ – Erma Fatima

Sejak minggu lepas nama Sarah Yasmine sering menjadi bualan apabila dia mendedahkan pelbagai cerita mengenai kekasihnya yang juga suami kepada Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.

Perkara itu juga telah membuatkan pengarah, Erma Fatima kecewa dengan sikap Sarah Yasmine kerana sudah membuka aib beberapa artis tempatan dan menggesa supaya wanita itu berhenti untuk menghancurkan industri hiburan Malaysia.

“Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

“Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

“Jangan jatuhkan maruah orang”

Memetik laporan dari Harian Metro, dia sangat kecewa dengan tindakan wanita yang mengaku sebagai kekasih kepada aktor Singapura, Aliff Aziz selepas membuka aib banyak pihak terutamanya artis-artis tempatan.

“Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku,” katanya.

Erma Fatima minta Sarah Yasmine berambus, selesaikan di negara sendiri

Ujarnya, tindakan yang dibuat wanita terbabit seharusnya tidak dirai dan menggesa mana-mana individu yang telah dipermalukan untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ataupun laporan polis.

“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya.

“Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap ‘kenduri selak kain’ ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.

“Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?

“Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” tegasnya.

Erma Fatima minta Sarah Yasmine berambus

Erma Fatima minta Sarah Yasmine berambus, gesa Aliff Aziz tampil

Dalam pada itu, Erma Fatima berharap orang ramai berhenti memberi perhatian terhadap Sarah Yasmin serta menggesa agar Aliff Aziz segera tampil bagi menyelesaikan segala kemelut yang sedang melanda berpunca daripada tindakannya.

“Berhenti angkat dia dan raikan kenduri orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang.

“Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula.

“Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus,” katanya.

Erma Fatima minta Sarah Yasmine berambus

Terdahulu, beberapa nama artis tempatan telah terseret sama dalam susulan pendedahan yang dibuat oleh wanita yang mengaku sebagai kekasih gelap kepada selebriti, Aliff Aziz.

Selain daripada nama Bella Astillah dan Ruhainies, beberapa nama juga telah dipetik oleh Sarah Yasmine sehingga pelbagai kisah aib terbongkar.

Antara yang menjadi perbualan adalah Caprice, Emma dan Chacha Maembong, Tom, Fuad Rahman, Meerqeen, Anna Jobling dan Sophia Albarakbah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*