Bukan Melayu Je Buat Macam Ni. David Teo Dedah Pernah Dishir Keluarga Terdekat

Sihir begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pun pernah disihir suatu ketika dahulu

Datuk David Teo yang hampir mati sebab disihir ahli keluarga terdekat.

Penerbit tersohor, David Teo mendakwa pernah terkena penyakit misteri hingga hampir meragut nyawanya akibat disihir oleh ahli keluarga terdekat.

Perkara itu dikongsikan sendiri David Teo yang jatuh sakit pada tahun 2018 selepas seminggu bapanya meninggal dunia.

David berkata, kejadian itu berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu.

“Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening kepala. Setiap hari menjelang senja, bacaan tekanan darah tinggi saya naik.

“Bermula jam 12 tengah malam hingga pagi, bacaan tekanan darah saya amat tinggi hingga boleh menyebabkan saya kena strok. Pada awalnya saya anggap itu normal kerana saya pun sudah berusia.

Bayangkan saya pakai baju tebal untuk musim sejuk di tengah terik matahari dan saya tidak rasa panas langsung. Saya juga hilang semangat kerja dan sentiasa fikir mahu mati.

Tabiat David juga dikatakan berubah sehingga pernah makan 10 biji telur sepatuh masak dalam satu masa dan makan nasi sehingga jam 3 pagi.

Pekerja tegur perubahan sikap

Disebabkan rasa tak sedap hati, David mendedahkan dia pergi berubat ke perubatan Islam selepas ditegur pekerjanya.

“Bila rujuk kepada ustaz, barulah dapat tahu yang saya sudah terkena gangguan sihir. Ustaz menyarankan supaya saya segera berubat kerana jika dibiarkan, ia boleh membawa maut,” katanya ditemui pada majlis Hari Raya Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Katanya saya disihir dan terkena santau. Lintah dimasukkan ke dalam badan saya untuk buat saya sakit secara perlahan-lahan.

“Lintah itu akan musnahkan organ dalaman secara perlahan-lahan. Sebulan jugalah saya menderita sebelum pulih sepenuhnya,” cerita David lagi.

Selepas dirawat saya kembali sihat dan menjadi diri saya yang normal. Meskipun saya banyak menerbitkan filem seram dan mistik, inilah adalah pengalaman pertama saya hadapi sihir dan santau.

Keluarga terdekat tergamak hantar benda kotor!

Lebih mengejutkan, hasil daripada berubat itu, ustaz itu memberitahu ahli keluarga terdekat sendiri telah menghantar benda-benda kotor untuk membuatkannya jatuh sakit.

Saya ingat orang lain rupanya ahli keluarga sendiri. Patutlah semasa sakit, saya bermimpi ukiran kayu. Cuma saya sudah berjanji untuk tidak mempertikaikan lagi perbuatan dia. Hati saya sudah melepaskan apa yang berlaku.

Seram sebenarnya bila dapat tahu ada orang yang kita kenal tergamak hantar benda bukan-bukan untuk menyesatkan kita. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.

 

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*