Bekas penyanyi rap, Altimet panjat doa di Masjid Nabawi buat pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim yang kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) susulan disimbah asid ahad lalu.
Sentiasa berada di belakang Faisal
Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad, 46 memaklumkan yang dirinya akan terus menyokong dan berada di belakang pemain bola sepak berkenaan untuk kuat melewati waktu sukar ini.
“Sekarang lebih kurang pukul 6.30 petang di kota Madinah dan saya berada di Masjid Nabawi untuk sembahyang Magrib.
“Saya juga akan mendoakan saudara Faisal Halim untuk sembuh sepenuhnya. Saya akan sentiasa di belakang dan menyokong awak Faisal,” katanya.
Altimet panjat doa di Masjid Nabawi, mahu lihat aksi Faisal terus main bola
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lembah Jaya itu juga menyatakan yang dirinya mahu melihat Faisal kembali di atas padang dan beraksi bersama pasukan Selangor serta Harimau Malaya.
“In Sha Allah saya akan lihat awak beraksi semula. Saya akan tengok awak kembali main bola dalam masa terdekat,” ujarnya.

Altimet panjat doa di Masjid Nabawi, ramai ‘aminkan’
Perkongsian yang dibuat Altimet yang kini sedang menunaikan umrah telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.
Rata-rata mereka berharap agar urusan Altimet disana dipermudahkan dan sama-sama memanjatkan doa agar Faisal Halim kembali sembuh daripada kecederaan yang dialami.
Semoga urusan Altimet juga dipermudah

Sama2 kita doakan Faisal Halim

Terdahulu, pembedahan kedua yang berlangsung menunjukkan perkembangan positif terhadap tonggak utama Harimau Malaya berkenaan apabila dia juga sudah mulai menjamah makanan.
Namun begitu, kecederaan lecur tahap empat yang dialami memerlukan proses rawatan serta jangka waktu sembuh yang agak lama.
Apa-apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat pemain bola sepak kebangsaan berusia 26 tahun itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : OMM, Instagram Altimet

Leave a Reply