Penyampai radio Zayan FM, Anas Tahir berkongsi situasi sewaktu menunaikan solat berjemaah di masjid apabila seorang remaja dicekak dari belakang oleh lelaki berusia dengan punca rapatkan saf sahaja.
Seorang remaja tiba-tiba dikasari
Menerusi perkongsian yang dibuat Anas, remaja terbabit yang sememangnya kerap menunaikan solat di masjid tersebut secara berjemaah tidak semena-mena dikasari oleh lelaki berusia berkenaan kerana dianggap kurang ajar hanya disebabkan dia merapatkan saf dengan individu itu.
Anas menceritakan perkara itu turut terkejut apabila kejadian itu berlaku dekat dengan tempatnya yang turut mendirikan solat maghrib di dalam masjid terkenal berkenaan.

“Baru selesai solat, masa imam mula wirid tiba-tiba seorang jemaah bertindak ‘lock leher’ seorang jemaah lain kerana marah rapatkan saf, terkejut saya,” jelasnya dalam video itu.
Tambah Anas, budak tersebut tidak memberi sebarang reaksi balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh ahli jemaah masjid itu.
“Budak itu rapatkan saf ketika solat dan kakinya tersentuh dengan kaki ahli jemaah berkenaan, lalu mengundang kemarahan lelaki berkenaan, lalu dicekik budak muda selepas imam bagi salam”.
“Cara dia cekik itu pun bukan biasa siap boleh lock lagi tu sampai boleh tergeliat tangan,” ujarnya dalam video terbabit.
Kata Anas, dia memuji lelaki muda itu kerana tidak melawan lelaki warga emas itu ketika berada dalam masjid itu.
“Saya respect (hormat) budak muda itu kerana tidak lawan lelaki lebih tua, penyabar sungguh anak muda itu,” jelasnya.
Penyampai radio Zayan FM, Anas Tahir berkongsi situasi sewaktu menunaikan solat berjemaah di masjid apabila seorang remaja dicekak dari belakang oleh lelaki berusia dengan punca rapatkan saf sahaja.
Seorang remaja tiba-tiba dikasari
Menerusi perkongsian yang dibuat Anas, remaja terbabit yang sememangnya kerap menunaikan solat di masjid tersebut secara berjemaah tidak semena-mena dikasari oleh lelaki berusia berkenaan kerana dianggap kurang ajar hanya disebabkan dia merapatkan saf dengan individu itu.
View this post on Instagram
Kata Anas lagi, budak muda yang dicekik itu memang ahli jemaah yang sering kelihatan di masjid itu dan kejadian berkenaan juga merupakan ujian kepada warga emas yang melakukan kejadian (cekik) dalam rumah ibadat.
Rapatkan saf pun susah macam mana nak bersatu hati
Perkongsian Anas telah menerima pelbagai maklum balas daripada warganet yang akui agak terkejut dengan sikap jemaah yang lebih berusia ketika di masjid.
Ada juga yang berperasangka baik mungkin golongan berusia tidak begitu terdedah dengan perkara tersebut dan anak-anak muda lebih memahami memandangkan pelbagai ilmu baru boleh didapati di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : OMM

Leave a Reply