Pasangan Tular Bawa Bayi Naik Motor Mengaku Bukan Suami Isteri, Rancang Kahwin Minggu Depan

KETIKA masyarakat luar bersimpati dengan nasib bayi berusia 11 bulan yang dikendong seorang wanita menaiki motosikal ditunggang bapanya untuk ke hospital, timbul pula cerita tidak manis tentang mereka.

Terbaharu, seorang lelaki yang mengaku imam Masjid Al-Makrufi, Alor Setar mendakwa status ibu bapa bayi berkenaan adalah bukan suami isteri dan mendakwa mereka belum bernikah.

Malah, imam itu meragui status bayi yang menghidap masalah paru-paru kronik itu sama ada dia anak tidak sah taraf atau sebaliknya.

“Saya mahu menerangkan situasi sebenar yang status pasangan itu bukan suami isteri. Mereka belum berkahwin dan masih dalam proses untuk berkahwin.

Bagaimanapun penjelasan saya ini tidak mahu melibatkan anaknya yang sedang sakit kronik itu.

Video saya ini hanya mahu menerangkan status pasangan itu dan status bayi itu yang masih tidak diketahui sama ada sah taraf atau tidak.

Pihak kami telah memberi arahan kepada pasangan itu agar tidak duduk sekali di rumah. Kami juga berharap orang ramai menyelidik terlebih dahulu.”

Pasangan tular mengaku belum kahwin, akur nasihat tidak tinggal sekali

Sementara itu, memetik laporan tempatan, bapa bayi tersebut yang dikenali sebagai Mohd Azlan Ishak, 36, mengaku belum bernikah dengan pasangannya, Norhidayu Halim, 35.

“Sebelum ni kami sudah buat perancangan untuk berkahwin. Tapi kami lebih utamakan kesihatan anak, jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak yang sakit.

“Tapi kami dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen untuk berkahwin pada ustaz (imam masjid),” katanya.

Dalam pada itu Mohd Azlan turut mengaku mereka juga pernah ditegur dan dinasihati agar tinggal berasingan oleh wakil pihak berkuasa agama kerana bersekedudukan.

Susulan itu Mohd Azlan berkata mereka akur dengan nasihat berkenaan4.

“Tok imam tu datang rumah saya… dia jelaskan mengenai proses untuk kami berkahwin.

“Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya,” katanya.

Pasangan tular mengaku belum nikah, nafi pasangan isteri orang

Dalam pada itu, Azlan turut menafikan Norhidayu berstatus isteri orang seperti mana didakwa segelintir pihak.

Mengulas mengenai status Norhidayu yang dikatakan masih berstatus isteri orang, Mohd Azlan bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Azlan menjelaskan wanita tersebut sudah bercerai dengan suaminya yang kini sedang menjalani hukuman di sebuah penjara sejak 29 Ogos tahun lalu.

“Hidayu sebenarnya sudah bercerai dengan suami dia sebelum ini. Dokumen mengenai penceraian dia dan suami pun kami sudah ada,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kisah Mohd Azlan yang tidak mampu membayar tambang teksi untuk membawa anaknya yang sakit ke hospital turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azlan menerima sebuah kereta terpakai untuk memudahkan urusan keluarganya.

Azlan menerima sebuah kereta terpakai untuk memudahkan urusan keluarganya.

Keadaan kewangan yang terbatas menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.

Susulan kisah tular mereka juga, seorang pengusaha kedai automotif di Alor Setar tampil menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona terpakai buat keluarga itu bagi meringankan beban mereka.

Bayi lelaki itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*