Setiap apa yang kita kerjakan di dunia sedikit sebanyak pasti dikira oleh Allah SWT. Baik atau buruk, kecil atau besar pasti tidak terlepas dari hitungan di padang mahsyar kelak.
Pelakon veteran Nasir Bilal Khan mengakui ada menolak beberapa tawaran kerana berpendapat jalan cerita dalam karya tersebut tidak memberikan manfaat kepada masyarakat.
Tidak memandang soal bayaran, Nasir, 64, berpandangan adalah lebih baik jika lakonannya itu kelak mampu memberi kesan positif kepada orang ramai.
“Sekarang saya banyak tolak tawaran berlakon sebab cerita tak menarik. Kadang-kadang stesen televisyen ni nak berebut rating, bagi saya keuntungan moral lebih penting, jadi banyak tolak sebab jalan cerita yang tidak bermanfaat.

Nasir banyak tolak tawaran berlakon.
“Sebab kena jawab dengan Allah di akhirat nanti, kalau cerita banyak melalaikan dari memberi manfaat nak jawab apa dengan Allah nanti? Bukan duit jadi keutamaan,” katanya.
Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media perasmian edisi khas set pengurusan jenazah KAF Digital di Restoran Ketam Viral, Bangi, Selangor pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Nasir juga mendedahkan dia tidak meletakkan harga pada lakonannya sehingga pernah ditawarkan bayaran yang tidak masuk akal.
Malah, ada juga rakan selebriti yang meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan Nasir kerana dikatakan menjatuhkan harga pasaran anak seni.

Sejak drama Tanah Kubur, Nasir hanya minta bayaran secara ikhlas.
“Saya berjimatlah, tak boros, saya gunakan duit hasil pendapatan terdahulu. Jadi saya berjimat untuk tampung perbelanjaan harian sekarang,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply