‘Sehelai Bulu Pun Makcik Tak Halalkan.’ – MADAD Pulangkan Semula Daging Korban Peserta ‘Tak Puas Hati’

BEBERAPA hari lalu tular di laman sosial seorang wanita tidak berpuas hati dalam pembahagian daging korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani, Kedah.

Dalam hantaran yang dimuat naik pendakwah yang juga salah seorang ahli jawatan kuasa Masjid Madad, Ustaz Yaakub Yusra Yusof, peserta ibadah korban berkenaan ada meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan mengenai pembahagian dilakukan kepada golongan yang berhak.

Biarpun sudah memberikan penjelasan, wanita ini tetap mempersoalkan cara pembahagian daging korban.

Bahkan, menerusi mesej yang dihantar, wanita itu mengkritik cara kerja dan pembahagian daging-daging haiwan korban yang didakwanya sebagai tidak adil.

Makcik nak kaki, hati, perut & paru…Kalau tak bagi, 1 helai bulu pun makcik tak halalkan

“Ni mak cik nak habaq makcik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua.

“Kalau tak bagi satu helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain,” ujarnya menerusi mesej.

Difahamkan pihak masjid sudah menerangkan tentang pembahagian daging yang mana empat bahagian daging korban wanita itu telah diserahkan kepada penerima yang telah disenaraikan.

 

Sumber: Sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*