Ibu Mengidam Naik Motor Polis, Syukur Hajat Tercapai. “Anak dalam perut bakal polis tu”

Orang cakap kalau ibu mengandung ni, sekali dia mengidam memang kena tunaikan.

Mengidam naik motor polis

Namun, kali ini tular pula sebuah video yang melihatkan seorang ibu yang sedang hamil ini mengidam sesuatu yang lain dari yang lain iaitu mengidam naik motor polis

Hantaran yang dikongsikan oleh @engkukhaleedaqmal di TikTok, memaparkan isterinya yang sarat mengandung mengidam mahu menaiki motosikal polis.

Mengidam sejak dari minggu ke-13 kehamilan

dia akhirnya membawa isteri kesayangan pergi ke sebuah balai polis untuk menunaikan hasrat tersebut.

Jelas pada wajah ibu mengandung itu, dia nampak sangat gembira dan terharu dapat menghampiri motosikal berkuasa tinggi itu secara dekat.

Dia turut membuka siren lalu menaiki motosikal tersebut. Berkali-kali juga dia mengelap air mata kerana terharu hajatnya tertunai sebelum bersalin.

Polis 5
Sumber: tiktok
Polis 6

Terima kasih abang-abang polis yang sporting siap escort bawa ke balai. Semoga dipermudahkan urusan anje bersalin.

Bila isteri mengidam paling pelik pada saya. Pregnant sebelum ni tak pernah pun mengidam pelik-pelik.

“Anak dalam perut bakal polis tu”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat momen manis tersebut dan berterima kasih kepada pihak polis kerana menunaikan hasrat ibu mengandung itu.

Selain itu, ada netizen yang mendoakan anak dalam perut itu bakal menjadi polis suatu hari nanti.

Comel je ibu mengandung ni naik motor tu…

 

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*