Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita terkenal mendakwa dirinya dipukul oleh pelakon tersebut sehingga mendatangkan kecederaan.
Insiden ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat yang ingin mengetahui kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.
Pelakon yang terlibat dalam laporan ini ialah Uqasha Senrose, seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.
Selain Uqasha, sepupunya yang juga seorang pelakon, Aprena Manrose, turut disebut dalam laporan tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, tular satu laporan polis yang dibuat individu tersebut terhadap kejadian yang berlaku di sebuah pejabat menjual barang kecantikan pada 6 Ogos lalu.
Uqasha didakwa membaling kotak ke bahagian muka sebelum merentap tudung dan meludah mangsa.
Dalam laporan yang sama, sepupu kepada Uqasha iaitu Aprena Menrose juga didakwa terlibat memukul individu tersebut dengan menepuk mulut mangsa berkali-kali serta memukul lengan dengan menggunakan penyangkut baju.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga mendakwa dirinya diugut serta diacu dengan menggunakan gunting oleh Aprena sebelum senjata tajam itu dirampas oleh adik pelakon berkenaan.
Wanita itu kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian pada 14 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, Uqasha Senrose telah tampil membuat penafian secara terbuka menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada 18 Ogos lalu.
Uqasha menafikan sekeras-kerasnya
Dalam kenyataannya, Uqasha menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah individu yang terlibat dalam insiden tersebut.
Uqasha menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau berada di rumah bersama anaknya pada waktu kejadian. Kenyataan ini dilihat sebagai usaha Uqasha untuk membersihkan namanya daripada segala tuduhan yang dilemparkan.
Sumber: Harian Metro

Leave a Reply