
Tidak dinafikan, populariti Youtuber Syahmi semakin melonjak semenjak berganding dengan remaja istimewa Asif dan Ashrul. Beberapa hari lalu, video drama spontan mereka telah menjadi no 1 trending di Youtube.
Video drama spontan tersebut telah menerima 4 juta tontonan kurang dari 3 hari Syahmi memuatnaik video tersebut. Justeru, mereka telah dijemput oleh Meletop untuk berkongsi cerita mengenai pembikinan drama spontan tersebut.
Syahmi Sazli menyatakan bahawa drama tersebut sememangnya dilakukan secara spontan tetapi tetap dipantau oleh dia dan beberapa pelakon lain juga.
Pada masa yang sama, mereka mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penonton atas sambutan yang luar biasa dan mengharapkan agar peminat terus menyokong sampai bila-bila.
Sumber: Instagram Asif, Meletop, Syahmi Sazli
Leave a Reply