
Mempunyai rumah tangga yang aman dan bahagia ialah impian setiap orang. Kenangan-kenangan yang disimpan selalunya memberi makna yang tersendiri bagi setiap pasangan.
Beberapa hari lalu, pelakon popular Nora Danish telah memuatnaik video temuramah dia dan suaminya, Nedim Nazri lima tahun lepas.
Menurutnya, temuramah ‘terjah’ itu dilakukan ketika dia dan suami baru sahaja cuba mengenali hati budi masing-masing.
“NENO 5 years ago! Haaa terbukti I kenal u Lebih sekarang !!! 🤣 omg I miss this!!! He teman me masuk studio terus kena terjah !! Hahha!”, tulisnya di entri Instagram miliknya.
Rata-rata peminat terhibur dengan video ‘throwback’ itu dan ada juga yang memuji wajah Nora yang tidak dimakan usia!
Untuk rekod, Nora Danish mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 selepas beberapa tahun berpisah dengan Jejai.
Sumber: Instagram Nora Danish
Leave a Reply