
Terengganu sememangnya terkenal dengan pusat peranginan yang indah. Pulau-pulau di Terengganu sentiasa menjadi pilihan ramai termasuk juga artis-artis untuk meluangkan masa samada bersama rakan atau keluarga.
Baru-baru ini juga, pelakon Nazim Othman juga telah berkongsi foto percutiannya di negeri yang terkenal dengan penetasan penyu tersebut.
Difahamkan, percutian kali ini adalah antara program untuk menyedarkan tentang kepentingan alam sekitar dan memulihara spesis penyu yang sedang diancaam kepvpusan.
Menerusi laman entri Instagramnya, Nazim telah berkongsi beberapa foto dengan pengikutnya.
“My Baby Turtle!Tau tak dalam seribu ekor baby turtles yang menetas, hanya sekor je akan survive sampai dewasa mengikut kajian. Saya harap baby turtle yang saya lepaskan ke laut tadi akan survive, sekental semangatku survive kat dunia yang penuh pancaroba inieh. Hoorahhh! 💪🏻”, tulisnya sambil memberi kredit kepada @ripcurlmy X @thetaarasmalaysia.
Nazim juga turut berkongsi keindahan dan pemandangan di pusat peranginan tersebut.
View this post on Instagram
Dah settle record ni, baru I bukak baju. Selamat berhujung minggu! @thetaarasmalaysia @ripcurlmy
Sumber: Instagram Nazim Othman
Leave a Reply