
Setiap ibu pastinya teruja melihat perkembangan bayi mereka membesar saban hari. Perkara sama juga dirasai oleh Che Puan Sarimah Ibrahim.
Seperti yang diketahui ramai, Che Puan Sarimah Ibrahim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Julai lalu, iaitu YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin.
Kini, usianya sudah mencecah dua bulan dan fotonya sering dikongsi oleh ibunya sendiri untuk tatapan umum.
Antara foto-foto dan video yang dikongsi oleh Che Puan Sarimah Ibrahim.
Rata-rata memuji dan geram dengan kecomelannya malah ada juga yang mengatakan wajahnya seolah ‘copy paste’ wajah ayahanda nya.
Apa pun kita sama-sama doakan agar YM Tunku Sofia membesar dengan baik dan sihat selalu..
Sekadar imbas, Che Puan Sarimah dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar telah berkahwin pada 2 April 2015 dan dikurniakan bayi perempuan pada 19 Julai lalu.
Sumber: Instagram CP Sarimah
Leave a Reply