Baru sahaja beberapa hari lepas Nabila Huda atau lebih mesra dikenali sebagai Abil berkongsi foto bercuti bersama rakan-rakan di Bali.
Tapi tak sampai seminggu, Abil ‘mencuri’ masa lagi untuk bercuti bersama suami dan anak di Terengganu!
Menerusi laman Instagramnya, Abil berkongsi foto-foto percutiannya bersama dua insan tersayang.
Abil terlihat sangat gembira dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Untuk rekod, Abil dan Izwan berkahwin pada tahun 2015 dan merupakan perkahwinan kedua bagi Abil.
Perkahwin pertamanya bersama Zaidi Zailani hanya bertahan selama empat tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berp1sah. Menerusi hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila.
Sumber: Instagram Kupu-Kupu
Leave a Reply