Mengenakan Pakaian ‘Unik’ Sempena ABPBH, Ara Johari Terima Pelbagai Reaksi Dari Peminat

Semalam telah berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32, dan telah meyaksikan kemenangan artis-artis tempatan dan luar dalam kategori-kategori tertentu.

Selain dari kemenangan yang diraih oleh para artis, pemakaian dan ‘fashion’ yang digayakan juga turut menjadi tumpuan media dan peminat.

Begitu juga dengan penyanyi ‘Bunga’, Ara Johari. Ara dilihat segak mengenakan seluar para lutut serta blazer warna rona biru lembut.

Penampilan penyanyi itu yang kelihatan ‘unik’ dan lain dari yang lain lantas menjadi tumpuan ramai.

 

 

View this post on Instagram

 

Sis masih dalam mood kemerdekaan lagi 🇲🇾 . PS : Maaflah sis rushing , tak sempat nak touch up lutut dengan foundation 🤣😛 . 📷: @amex_photography . #PakuAJ @arasquadrasmi @rocketfuelent

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Dalam pada itu, Ara telah terima pelbagai komen dari peminat yang menyifatkan ‘outfit’ penyanyi yang ala-ala ‘boyish’ tersebut agak unik dari artis yang lain.

Malah ada juga yang berseloroh mengatakan Ara ialah Suneo dalam kehidupan sebenar.

Ada juga yang turut memuji penampilan penyanyi tersebut.

Apa-apa pun Ara tetap positif dengan setiap komen yang diberi dan tahniah kepada semua pemenang malam tadi!

Sumber: Instagram Ara Johari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*