Terima Ucapan Istimewa Dari Anak Sempena Hari Jadi, Sheila Rusly Luah Rasa Syukur..”Sebenarnya Saya Ingin Hadiahkan Mama…”

Pelakon senior dan juga isteri kepada pengarah filem terkenal, Sheila Rusly baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-48.

Sempena dengan itu, Sheila telah menerima ribuan ucapan ‘happy birthday’ dari rakan-rakan, keluarga dan peminat. Namun, apa yang istimewanya adalah ucapan dari anak lelakinya, Uzair Haqimy.

Lantas, Sheila memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan ucapan ulang tahun kelahiran dari anak kesayangannya itu.

“Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan.Thank you ANAK @uzairhaqimy69 i’m touched beyond words😢😢😢..Love u too much son❤️”, tulisnya

 

 

View this post on Instagram

 

Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan.Thank you ANAK @uzairhaqimy69 i’m touched beyond words😢😢😢 Love u too much son❤️ #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

“Selamat hari lahir mama, saya sayang mama lebih dari segalanya. Sebenarnya saya ingin hadiahkan mama kereta idaman mama tapi buat masa sekarang ini sahaja yang saya mampu..”

“Satu hari nanti saya akan buat mama bangga, akan buat keluarga bangga, akan buat Malaysia bangga kerana saya dibesarkan oleh seorang ibu seperti mama..”

Menerusi di ruangan komen, ramai yang memuji kemesraan Sheila bersama anak dan ada juga yang turut mendoakan agar Uzair dapat membalas jasa mamanya satu hari nanti.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*