
Dalam menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama, Kaka Azraf telah mengadakan majlis pengumuman jantina bayi yang akan dilahirkan.
Kaka yang kini sedang sarat lapan bulan telah mengadakan majlis tersebut di sebuah kafe dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat.
Menerusi Insta Story rakan artis Kaka, Alicia Amin yang juga seorang model, pasangan tersebut dilihat mula ‘memecahkan’ belon berbentuk berlian dan cebisan kertas warna biru jatuh.
Sebagai simbolik, warna biru merujuk kepada bayi lelaki manakal warna pink pula merujuk kepada bayi perempuan.
Kaka juga telah memuat naik gambarnya bersama ibu kandung dan ibu mertuanya di laman Instagram.
“Ma QUEENS 💎My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom 😍 thank you for everything Mummy! @shinafie69 .Love you both! Mama & Mummy ❤️”, tulisnya
Untuk rekod, Kaka Azraf dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Sumber: Instagram Kaka Azraf, Alicia Amin
Leave a Reply