[VIDEO] Peminat ‘Cair’ Melihat Siti Aafiyah Belajar Solat Bersama Ibu, Dah Pandai Aminkan Doa!

Telatah anak kecil Dato Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah selalunya menjadi tumpuan ramai. Apatah lagi semenjak Aafiyah sudah boleh bertatih dan bertutur.

 

Baru-baru ini, Dato Siti telah berkongsi satu video dimana Aafiyah memakai telekung kanak-kanak dan belajar solat dengan ibunya.

Menerusi video tersebut, Aafiyah sudah pandai menyebut beberapa perkataan seperti Allahuakbar dan juga mengaminkan doa.

 

Telatah Aafiyah telah mendapat banyak reaksi daripada peminat dan ramai yang mendoakan agar Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah. 

Sekadar imbasan, Dato Siti Nurhaliza berjaya mendapatkan Siti Aafiyah setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Jiwa. 

Sumber: Instagram Aafiyah Khalid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*