
Walaupun sudah beberapa bulan pelakon, Fizo Omar berpisah dengan isteri yang juga usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim tetapi hubungan dengan anak perempuannya tetap utuh dan rapat.
Terbaru, Fizo telah memuatnaik sebuah video dia meluangkan masa bersama anak perempuannya yang mesra disapa sebagai Cik Yam.
“BOSS BESAU MASUK OFFICE. kuat berlakon sungguh Cik Yam ni…alahaiii”, tulisnya
Menerusi video tersebut, Fizo dilihat bergurau senda dan melayan telatah anaknya yang ‘kuat berlakon’.
Rata-rata pengikut memuji keakraban hubungan anak dan bapa itu.
Untuk rekod, Fizo Omar telah mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim pada 10 November 2013. Namun telah berpisah talak satu pada 10 Julai lalu.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Leave a Reply