
Pelakon dan pengacara, Mimie Haris baru-baru ini telah berkongsi satu foto dirinya dan tunangnya yang dikenali sebagai Rudy.
Menerusi posting nya itu, Mimie telah meluahkan isi hatinya mengenai hubungan dengan tunangnya tersebut.
“Saya bukanlah jenis orang yang terbuka untuk memberitahu orang ramai mengenai hubungan saya, Saya lebih suka simpannya secara peribadi di mana hanya saya dan bekas teman lelaki (tunang) saya yang tahu apa yang berlaku.”
“Kepada bekas teman lelaki yang bakal menjadi pasangan saya nanti, fasa pertunangan bukanlah senang, bukan selalu gembira. Kadang-kadang ada saja tsunami yang datang tapi awak tak pernah berputus asa dengan saya ( walau i ni kadang bole tahan jugak 🙄 perangai ~ biasala perempuan ).”
“Tapi saya bersyukur awak selalu ada untuk mendengar, yang selalu cuba untuk buat saya gembira. Saya tak rasa saya boleh temui lelaki seperti awak lagi selepas ini.”, tulisnya sambil memanjat rasa syukur kepada Tuhan,
Mimie telah bertunang dengan Rudy yang merupakan seorang juru terbang pada Julai lalu.
Sebelum ini Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada tahun Disember 2015 tapi telah berpisah pada Ogos 2016.
Sumber: Instagram Mimie Haris
Leave a Reply