
Usahawan dan juga isteri kepada Datuk Nor Azam Sulaiman, Datin Rebecca kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia.
Menerusi laman Instagramnya, Datin Rebecca telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang mengikuti pelajaran dalam kelas.
“Hi Kesayangan mummy Becca,Buat apa tu?? Dah Lunch?? Mummy Becca baru habis Lunch,And Now Nak start Utk next class,Alhamdulillah 💖…”.tulisnya.
Selain itu, Datin Rebecca juga dilihat berkongsi satu video dimana dia sedang membuat presentation dihadapan pensyarah dan pelajar universiti yang lain.
Perlu membahagikan masa antara pelajaran, kerjaya dan keluarga, bekas pelakon ini berdoa agar semua urusan sentiasa dipermudahkan.
Untuk rekod, Datin Rebecca berkahwin dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011 dan dikurniakan lima orang cahaya mata selain turut menjaga dua orang anak tirinya.
Sumber: Instagram Rebecca Nur Islam Ahmad
Leave a Reply