
Disatukan pada 25 Februari tahun lalu, pasangan sama cantik sama padan Fattah Amin dan Nur Fazura selalu menjadi perhatian media. Malah, dua sejoli ini juga menjadi pasangan kesayangan peminat industri tanah air.
Baru-baru ini, Fazura telah menyambut hari lahirnya yang ke-36 tahun. Lantas, Fattah Amin telah minitipkan satu ucapan istimewa buat isterinya itu bersama sebuah video.
Menerusi video yang diambil di sebuah majlis, Fazura kelihatan manis dan sopan mengenakan sepasang jubah berona biru laut dan bertudung litup.
“You make me smile for no reason,
your love is my treasure,
my love for you knows no season,
because I love you beyond measure.
Happy birthday to my sweet, loving, caring wifey @missfazura semoga Allah sentiasa lindungi, rahmati, kurniakan kebahagian, kejayaan dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin. I love you. 💙”, tulis Fattah.
Rata-rata peminat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Sumber; Instagram Fattah Amin
Leave a Reply