Semalam, dengan sekali lafaz, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa,31 telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya Noor Azlin Ismail,23.
Majlis pernikahan yang diadakan di sebuah hotel di Taiping itu dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat. Datuk Alha Alfa juga turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk senaskah al-Quran, mas kahwin RM1,000 dan seutas rantai tangan kepada pengantin perempuan.
Namun apa yang menarik perhatian ialah persalinan Datuk Alha Alfa dan isteri dalam majlis berinai yang berlangsung pada 27 Sepetember 2019.
Datuk Alha Alfa memilih persalinan bercorak petak ala-ala Melayu klasik dan diserikan dengan aksesori yang menyerlahkan lagi keunikan persalinan pasangan tersebut.
Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan juga turut memuji persalinan mereka.
Untuk rekod,Datuk Alha Alfa dan pasangan telah mengikat tali pertunangan pada 29 September tahun lalu dan memilih tarikh 28 September sebagai hari penyatuan.
Sumber: Instagram Alha Alfa
Leave a Reply