Suami Dekat Belakang Tengok Je Pengantin Perempuan ‘Karate’ Besi

Pasangan pengantin yang berasal dari Indonesia ini telah membuat konsep perkahwinan mereka menjadi unik serta lain daripada majlis resepsi perkahwinan yang pernah diadakan sebelum ini.

Pengantin perempuan patahkan besi guna peha dan tangan

Aksi yang menarik perhatian warganet tersebut telah dikongsikan oleh Notomoto di akaun TikToknya, memperlihatkan pengantin perempuan yang cantik dengan mengenakan busana pengantin lengkap sedang mematahkan beberapa besi.

Mungkin di majlis perkahwinan biasa ahli keluarga yang memeriahkan majlis berkenaan, namun uniknya majlis perkahwinan mereka adalah pengantin perempuan berkenaan menunjukkan aksi yang luar biasa ketika majlis perkahwinannya berlangsung.

Dengan tenangnya, pengantin perempuan berkenaan telah mematahkan besi dengan menggunakan peha serta tangan di hadapan suaminya serta para tetamu yang hadir.

Pengantin lelaki dilihat memakai uniform askar berwarna hijau lumut berada di atas pelamin tidak bergerak walaupun pengantin perempuan berkenaan berjaya menyahut cabaran tersebut.

‘Bahaya kalau macam-macam lepas nikah, boleh patah tulang’

@noto_moto

Mantab jiwa @rakhmalutfita ##fyp ##pernikahan ##neoneventorganizer

♬ original sound – Notomoto

‘Dia bagi amaran secara halus dekat suami’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat aksi pengantin perempuan berkenaan dan ada juga di antara mereka risau mengenai suaminya kerana berkahwin dengan wanita yang kuat sebegitu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber: Tiktok via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*