“Saya Suka Itu Sumandak” Wow! Akhirnya Terbongk4r Juga Wajah Cantik Wanita Istimewa MK K-Clique

“Wanita Sabah memang cantik bah!😍”

Lelaki ataupun wanita Sabah sememangnya terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita.

Memiliki wajah persis cina, berkulit putih, halus dan licin, jika sekali pandang dikatakan sudah pasti ramai yang bakal jatuh cinta.

Sebagai contoh, penyanyi rap kumpulan terkenal MK K-Clique merupakan jejaka Sabah yang memiliki aura kejantanan yang luar biasa sehingga dikatakan mampu menggoyah ‘iman’ para gadis di luar sana.

Tidak menjadi sesuatu yang pelik apabila ramai gadis yang jatuh hati padanya, selain mempunyai suara yang lunak dia juga dikurniakan dengan rupa paras yang amat kacak dan mempunyai aura ‘sekksi’ yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, teka-teki mengenai status penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK sama ada sudah mempunyai kekasih baharu atau tidak sentiasa menjadi tanda tanya dikalangan kaum wanita di seluruh Malaysia.

Namun terbaharu, hantaran MK yang dimuat naik di laman Insta Story miliknya seolah-olah mended@hkan ‘wanita istimewa’ nya itu telah memberi kejutan buat ramai pihak terutama kepada para gadis yang meminatinya.

Hantaran yang dimuat naik itu menampilkan seorang wanita Sabah yang begitu jelita dan mempunyai suara yang sangat lunak berduet menyanyikan lagu popular negeri berkenaan bersama penyanyi rap itu.

“Aku suka itu Sumandak…”

Aksi mesra ketika MK meletakkan tangannya di bahu wanita berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengatakan penyanyi rap itu sudah bertemu jodoh dengan “sumandak Sabah”.

Tidak hairan jika MK sendiri jatuh hati dengan gadis Sabah kerana sebelum ini dirinya juga sudah pernah mempunyai teman wanita yang berasal dari negeri tersebut.

Menjengah ke laman TikTok, wanita Sabah berkenaan juga ada membuat hantaran video yang sama selain meraih tumpuan warganet yang menyangka dirinya adalah kekasih baharu kepada penyanyi rap itu.

@wawa.evs

Salam Kaamatan & Hari Gawai from us! 😘🥰 ##fyp ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##Sumandak ##Sabah ##undukngadau2021 ##viral ##BlancBeauteOnTikTok @mk.kc302

♬ original sound – Wawa Evs

MK yang sebelum ini tidak pernah terp!sah daripada pelbagai kontr0versi dan gos1p panas menghambat anggota kumpulan K-Clique itu sejak menceburkan diri dalam dunia persada seni.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet menyifatkan wanita jelita ini mungkin merupakan kakak kandung MK seperti mana yang pernah dimaklumkan berikutan video viral penyanyi itu berpeIukan dengan ‘teman wanitanya’ di sebuah parkir kereta.

Hal yang demikian dapat dijelaskan menerusi sumber sebuah laman portal di mana MK mengakui bahawa dirinya kini bergelar solo selepas putus cinta pada tahun 2020, penyanyi rap itu berkata dia tidak bercadang untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana wanita.

Jika sebelum ini, MK mengaku bahawa dia mempunyai seorang kakak yang sangat jelita, tidak hairanlah jika wanita berkenaan juga merupakan gadis yang sama di dalam video terbaharu itu.

Fuh! Kalau betul tu kakak kandung MK, cantik betul ya suara pun sama-sama lunak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber : Hot fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*