“Tolonglah DM Saya… Jangan Malu-malu” – Puteri Sarah S!mpati Nasib Keluarga Terkesan ‘L0ckdown’

DEMI membantu keluarga yang tidak berkemampuan, pelakon Puteri Sarah Liyana berniat untuk memberi makanan tengahari secara percuma sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berkata, usaha itu merupakan kerjasama dengan peniaga Izdihar Rizkallah yang menajanya makanannya sepanjang menjalani kuarantin akibat positif Covid-19 pada Mei lalu.

Pelakon berusia 35 tahun meminta individu yang terkes@n untuk menghubunginya secara peribadi di laman Instagram.

Puteri Sarah turut kongsi perkara itu di Instagram.

“Kerjasama dengan Izdihar Rizkallah tercetu$ semasa saya jalani kuarantin disebabkan positif Covid-19. Dia beri saya makanan untuk review dan saya lakukannya secara percuma.

“Masa itu, dia nak berikan makanan sepanjang 14 hari saya kuarantin tapi saya terfikir, daripada beri saya yang mampu lebih baik beri kepada golongan yang tidak berkemampuan. Dari situlah idea tercetus untuk bekerjasama dalam misi ini.

“Kalau saya dapat percuma, kenapa orang lain tak boleh? Jadi, saya nak bantu mereka yang susah sepanjang tempoh lockdown. Saya sudah kongsikan perkara ini di IG sejak dua hari lalu dan hanya beberapa orang sahaja yang DM,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu berkongsi mengenai tawaran makanan tengahari percuma untuk keluarga tidak berkemampuan di laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Puteri Sarah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian caIitan ketiga pada 18 Mei lalu dan menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Sabarlah Duhai Hati ini memberitahu mereka sememangnya ingin memberi fokus utama kepada golongan susah sepanjang tempoh perintah berkurung.

Biarpun menyedari akan ada pihak yang mengambil kesempatan atau menipu namun Puteri Sarah engg@n memikirkan perkara itu kerana sudah menyimpan niat untuk bersedekah.

Puteri Sarah mahu fokus golongan susah sepanjang tempoh lockdown.

“Saya memang nak fokus kepada keluarga yang susah sepanjang tempoh lockdown ini… jadi, saya nak paksa sesiapa saja yang mempunyai keluarga tidak berkemampuan di sekitar KL dan Selangor, tol0nglah DM saya. Jangan malu-malu untuk DM.

“Hanya perlu DM saya sahaja… kalau nak hantar bukti seperti gambar pun boleh. Tapi saya tak kisah, sekiranya ada yang mengambil kesempatan atau men!pu, terpulang kepada mereka kerana itu d0sa mereka dengan Allah.

“Niat saya hanya ingin bersedekah dan membantu golongan yang susah sepanjang tempoh lockdown. Saya tahu ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Kami sasarkan lebih kurang 10 keluarga dalam satu hari,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*