Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Terpaksa Ditangguh, Ramai Kempunan Tak Dapat Tengok Sharifah Rose

GARA-GARA belum selesai penggambaran, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli terp@ksa d!tangguhkan tayangannya.

Biarpun berasa sed!h dan sedikit terkiIan, namun Nizam menghormati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan akan memulakan penggambaran sebaik sahaja dibenarkan.

Pengarah drama tersebut, Nizam Zakaria, berkata keputusan itu dibuat kerana beberapa babak yang memerlukan penggambaran di kawasan luar belum sempat dirakam berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkongsian di akaun Instagram produksi Creative Skill Solution mengenai drama Kekasih Hati Mr Bodyguard.

“Sebenarnya kami terpaksa tangguh tayangan sebabkan PKP. Ada beberapa babak yang perlu dirakam di kawasan luar tak sempat nak buat. Sebelum PKP itu, kami hanya sempat shooting babak dalam rumah sahaja.

“Jadi, kami terp@ksa tangguhkan tayangan dahulu sebab banyak kosong untuk satu episod. Ikutkan babak dalam rumah dah shooting sampai 20 episod. Memang agak sed!h dan kecewa tapi nak buat macam mana.

“Kita kena hormat dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Insya-Allah sebaik sahaja SOP baharu keluar dan dibenarkan semula penggambaran, kami akan teruskan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini, pihak produksi Creative Skill Solution menerusi laman Instagram mengumumkan bahawa tayangan drama lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose itu terp@ksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Waktu tayangan itu digantikan dengan drama ulangan lakonan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan berjudul Kebaya Kasut Kanvas bermula Rabu menerusi Slot Lestary, TV3.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu dia tidak menjangkakan drama arahannya itu mendapat maklum balas yang positif biarpun lakonan pelakon utama, Sharifah Rose menerima krit!kan seperti ‘kayu’.

Menerusi pandangan mata sebagai seorang pengarah, Nizam memuji lakonan Sharifah Rose malah dia juga melihat aktres yang juga Instafamous itu seperti pelakon Zahirah MacWilson yang kini berjaya dalam dunia lakonan.

Drama lakonan Redza dan Sharifah Rose digantikan dengan drama Kebaya Kasut Kanvas lakonan Nabila Razali.

“Kami tak jangka sebenarnya drama ini akan viral… bila tayangan ditangguh, ramai peminat yang DM. Sebenarnya ramai peminat DM yang positif tentang drama ini.

“Malah ramai penonton drama ini persoalkan kritikan lakonan ‘kayu’ Sharifah Rose sebab mereka lihat lakonan Sharifah Rose tak ada la kayu. Bagi saya, Sharifah Rose okay saja untuk budak baharu macam dia.

“Walaupun Sharifah Rose masih baru, tapi dia boleh menghafal dialog tiga hingga empat muka surat. Berilah dia peluang… kalau tak ada generasi baharu, akan membunuh industri juga.

“Bila saya tengok dia, saya rasa perasaan yang sama ketika Zahirah pertama kali berlakon dalam drama arahan saya. Dengan pakej rupa yang ada, Sharifah Rose boleh pergi jauh,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*