Bapa Bertarung Nyawa Di Hospital, Anak Menang!s Video Call Bapa Ajar Mengucap Undang Seb@k

Mengucap dua kalimah syahadah dan menghubungi keluarga melalui panggilan video buat kali terakhir merupakan antara prosedur yang dilakukan oleh petugas kesihatan sebelum mereka ‘menidurkan’ pesakit Covid-19.

Begitulah yang dilalui oleh seorang anak ini apabila sempat mengajar bapanya mengucap melalui video call sebelum insan tersayang itu pergi buat selama-lamanya.

Video call, ajar bapa mengucap

Situasi yang cukup piIu itu dikongsikan oleh Fakarudin menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Bercerita dengan lebih lanjut, Fakarudin menceritakan sebelum ini doktor ada memaklumkan bahawa keadaan bapanya yang dijangkiti Covid-19 itu semakin pulih dan kemungkinan akan dipindahkan dari ICU ke wad biasa.

Doktor call pagi tadi, Alhamdulillah bantuan oksigen doktor dah cabut sekarang ni ayah bernafas pakai face mask yang biasa. Nafas ayah semakin pulih, InsyaAllah kemungkinan ayah akan masuk ke wad biasa.

Berdasarkan video terbaru, lelaki ini hanya mampu melihat bapanya yang sedang terlantar sakit di hospital menerusi video call sahaja selain sempat mengajar bapanya mengucap dua kalimah syahadah. Dalam suasana yang penuh h!ba itu, sesekali kedengaran suara si anak seb@k melihat keadaan bapa tercinta.

Dapat urus jenazah bapa

Tetapi siapa sangka, Allah lebih menyayanginya. Insan tersayang yang bergelar bapa telah pergi buat selama-lamanya. Dalam pada itu, Fakarudin sempat meIuahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menguruskan jenazah arwah bapanya.

Alhamdulillah dapat selesaikan arwah ayah sendiri. Syukur sangat-sangat pihak KKM benarkan saya uruskan sekali. Allahuakbar. Dari hospital sampai ke perkuburan. Maaf sesiapa yang nak datang tu tak dapat nak tengok sekali sebab PKP. Ada juga tadi sedara terdekat, kawan ayah terdekat tapi sayang semua dapat tengok dari jauh je.

Sedihnya…

@fakarudin987

Allahuakbar ❤️😭 ##fyp

♬ Syukur (Alhamdulillah) – UNGU

@fakarudin987♬ Kemarin – SEVENTEEN

Pengebumian arwah bapa

@fakarudin987❤️😭🙏🏻✨

♬ Tasbih Suci (Subahanallah) – Fathi Naim

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber: Fakarudin987

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*